Sunday, July 5, 2009

tidur lah wahai mata...

"mata ku sayang"
sayangku
tolanglah
aku dah x larat nak bercengkang setiap malam
mencecah sampai 3,4 pagi baru nak lena
alahai..kesihanilah diri ku ini
esok nak bangun awl2..
siap2 nak g kelas pagi...
sayang ku tolang la..
tolang la pejamkan mata ku...
sayang please...
aku merayu pada mu mata ku sayang.
tolong la tidur yer..

Tuesday, May 5, 2009

perang tamat...

setelah 3 minggu aku perang kat dewan exam...akhirnya tamat sudah pertemuran aku di medan exam...syukur semua nya berjalan lancar dan sempurnan...now aku sibuk lak ngn nak kemas barang..dah kena halau dah..huhu...so terpaksa lak bawa2 barang yang sepatutnya dikeluar kan dari bilik yang aku huni selama 1 tahun...hehe lama tuh..rasa sedey lak...nak tinggal kan bilik tu..tapi nak wat cam mane...kan..tapi jiwa ne dah x sabar rasa nak balik rumah..teringat lak bilik kat umah...so selamat bercuti kepada rakan-rakan ku yang di rindui selalu...

Monday, May 4, 2009

i love my mother.

i love my mom...
mak,mama,ibu,umi
apa 2 je lah panggilan untuk seorang ibu....
hanya rindu dan doa untuk mu
dikala diri ini jauh dari mata mu..
namun diri mu tetap dekat hatiku setiap detik waktu aku lalui...
yang kerinduan tanpa mu sisiku..
mak,mama,ibu,umi
hanya syurga menjadi milikmu
bukan hanya syurga ditelapak kaki mu....
semoga umi tersayang bahagia...
terima kasih atas segala-galanya...

MeTaFoRA

" METAFORA"
-PERSAHABATAN-
"KEIKHLASAN+KEPERCAYAAN+KEJUJURAN+KESETIAAN"
sekarat aku mampu ku hulur pada mu
di saat dikau terkapai dan kelemasan
di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
katamu kau tak bisa berenang ke sana
engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
setelah mendengar lirih ratapmu
harumnya sekutum melati mewangi di embunan pagi
sewaktu kita melawati sebidang tanah pekebunan
persahabatan
tersasar aku di dalam mentafsir
aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajah mu
terlalu naif untuk ku fahami
metafora puisi indah dan personafikasi
sukarnya untuk aku membuktikan
kebenaran yang berpihak padaku
kerna peluang langsung tiada pada ku
sedarlah aku erti senyuman
ada dendam yang tidak pernah padam
pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
terima kasaih atas pengalaman itu
mengajak aku kembali mengenal diri
terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
masih bisakah ku temui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

sesungguhnya Allah tidak bagi apa yang kita inginkan
tetapi Allah bagi apa yang kita perlukan
sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya
apa yang terbaik untuk kita..
p/s:lagu metafora nyayian kumpulan nice


Wednesday, April 15, 2009

redha dalam keredhaan

"hujan yang turun bagaikan air mata"
p/s:seadainya aku masih mempunyai ruang dan peluang untuk menatap lirikan seyuman mu
yang selama ini merindui...setiap senyuman yang diberikan bagaikan hujan rahmat yang membasahi relung-relung hatiku..aku akan menanti saat itu kembali..mungkinkah atau sebaliknya..tetapi aku tetap redha akan ketentuannya..aku hanya mampu berdoa..Ya Allah Makbulkanlah segala impian Ku ini..Amin

Monday, April 13, 2009

seLAmAt MeNdUduKI pEpERikSaAan...


kepada mereka yang akan menduduki peperiksaan sama ada final semester @ final year...good luck yer all the best...dan kepada semua rakan 2 seperjuangan dan untuk diri yang menulis ne gak....selamat menempuhi peperiksaan...

Monday, March 30, 2009

hArGa SeBuAh PeRsAhAbAtAN...

senyum dendam rindu dalam tangisan harga sebuah persahabatan yang perlu dilalui...melakarkan asam garam dalam recah kehidupan insan...fikir2 kanlah...

Saturday, March 28, 2009

"Ayuh Renovate & Renew Hati Kita!!"

ayuh renovatekan & renewkan hati kita seketika...

pErAnCANgan PeRjalaAnAn HiDuPku 10 TaHuN Akan DataNg..InsyaAllah kALo DiIzIKAN Allah..AmIN

PeRAncANgan 10 tAhUn Akan dATanG

2011- Menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda
(23 tahun)
2012-nak sambung study wat master atau cari keje dlu tgk keadaan semasa
-tapi rasanya sambung study dlu kot sementara masih muda lg..
(24 tahun)
2013-masih study peringkat master insyaAllah...
-tamat study...
(25 tahun)
2014- dah mula nak cari keje yg sesuai dgn kelulusan ini..hehe
-harap2 dapat keje yg best la...gaji pun tinggi..
hehe mudah-mudahan Allah makbulkan permintaan ini..
-nak balas jasa keluarga dan bayar hutang ptptn kalo ada hutang ler..
-dan menyimpan utk masa depan..
- nak beli kereta..hehe agak2 cukup ngn gaji yg dapat...
(26 tahun)
2015-melengkapkan diri dgn ilmu dunia dan akhirat yang secukupnya untuk meneruskan kehidupan
-sambil meneruskan kerjaya
-buat keputusan yg penting dlm hidup
-mula fikirkan soal rumahtangga...
(27 tahun)
2016-tahun terakhir utk aku mencari sendiri calon suami yg sesuai hehe
-lebih dari tu akan ku mintak my mom cari kan..hehe
-sesungguhnya pilihan seorang ibu adalah yng terbaik buat anaknya..
mudah-mudahan...
(28 tahun)
2017-teruskan kehidupan seperti biasa dgn kehidupan baru...tu pun kalo dah berkeluarga
hehe
(29 tahun)
2018-tambahkan ahli keluarga...insyaAllah..
-dan menjadi muslimah yng diredhai Allah...
(30 tahun)
-insyaAllah... aku mampu merancangnya..tetapi segala-galanya di tentukan oleh yang
Maha Esa...Semoga perancangan yng diimpikan ini diredhai oleh Allah S.W.T amin....

final Exam HamPir TibA...


final exam hampir tiba...tapi tugasan masih blom settle2 lg...resah gelisah jiwa ne memikirkan exam akn tiba x lama lg...aku masih lg belum bersedia sepenuhnya menemui exam hehe...cos time ne busy ngn tugasan yang perlu di bereskan...hehe ku harap dapat settle kan tugasan yng diberikan sebelum final exam ne...

Friday, February 20, 2009

TugAsaN yAnG dIaMaNahkaN..

Salam...penat,letih,terkejar-kejar,byk keje.x ad masa,tu lah dapat aku luahan kan sepanjang semester ini.
Sememster yang mencabar fizikal dan mental dalam menyusuri ranjau perjalanan seorang siswi yang memerlukan pengorbanan yang amat besar untuk aku tempuhi liku-liku mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sebagai bekalan bila menempuh medan yang sebenar...Sepanjang semester ini aku perlu sibukkan diri dengan tugasan yang diberikan...Oleh tu aku terpaksa settlekan sebelum akhir semester ini...penat nya...tapi demi mencari ilmu yang amat berguna ini..aku sanggup lakukan apa jua untuk mendapatkan yang terbaik...Semoga Allah memberi kesihatan yang terhadap ku agar aku dapat melaksanakan tugasan-tugasan ku ini..
AkhiR kAlam...

Monday, January 19, 2009

rAHsia BuLaN mAc....

MAC* Berpesonaliti menarik dan menawan.* Mudah didampingi.* Sangat pemalu dan pemendam rasa.* Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.* Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.* Suka pada kedamaian.* Sangat peka pada orang lain.* Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.* Tidak cepat marah dan sangat amanah.* Tahu membalas dan mengenang budi.* Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.* Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.* Suka berangan-angan.* Suka melancong.* Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.* Kelam kabut dalam memilih pasangan.* Suka dengan hiasan rumahtangga.* Punya bakat seni dalalm bidang muzik.* Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.* Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

wAnItA iBaRat PeRmAta...

"Benarlah wanita itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Mengapa tak perlu gusar?Itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepada-Nya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdir-Nya.Sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki.Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya,yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan.Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.Ya, mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahanmu tersimpan rapi di dalam diri,namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita bergelar muslimah sejati.Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan.Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya.Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.Buat para muslimin,carilah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian di sana nanti,iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah.Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa.Tak dinafikan, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita.Itu semua ketentuan Tuhan.Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti.Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya.Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yang abadi.Itulah janji Tuhan.Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^“Dinikahi seorang wanita itu kerana kecantikannya,keturunannya,kekayaannya dan agamanya. Maka, pilihlah dari segi agamanya, nescaya beruntunglah kedua tanganmu,”

tHis is FuNny But MaYbE tRuE...

(PST) This is funny but may be true....... Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan ? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan ), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta... hAvE A NiCe dAy.hehe

Sunday, January 18, 2009

CaRiLaH yAnG tErBaIk

''Dan Taatlah kepada AllAH dan Rasul,mudah-mudahan kamu mendapat Rahmat"
(Surah Ali Imran: 132)